Setahun Berkenalan, Pereka Fesyen Terkenal Rizman Akhirnya Umum Pertunangan!

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin, 35, memilih ahli perniagaan sebagai bakal isterinya apabila mengikat tali pertunangan dengan Nurida Suraya, 30, pada Khamis.

Menurut laporan Astro Awani, Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

“Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita.

“Doakan semoga segala urusan berjalan dengan baik. Insya-Allah dalam masa terdekat akan berlangsung (majlis pernikahan),” katanya.

Berita gembira itu turut dikongsikan di Instagramnya dengan memuat naik gambar mereka berdua.

Kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon bewarna biru.

Malah gambar terbabit turut menarik perhatian ramai pengikutnya termasuk selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Anuar Zain dan Jaclyn Victor.

Kesemua mereka mengucapkan tahniah kepada pereka fesyen ternama kelahiran Pulau Pinang itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Rizman via Gempak/catatanterakhir

Be the first to comment on "Setahun Berkenalan, Pereka Fesyen Terkenal Rizman Akhirnya Umum Pertunangan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*