6 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat Ini Jawapan Alyah Saat Ditanya Soalan Cepuemas

Penyanyi Datin Alyah sudah lali dengan pertanyaan mengenai cahaya mata setiap kali tibanya Aidilfitri.

Namun, itu tidak sesekali memat4hkan semangatnya untuk meraikan lebaran dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan bersama keluarga.

Kata Alyah, dia tidak pernah mengelak seandainya soalan mengenai zuriat diajukan kepadanya malah dia berani untuk berdepan situasi sedemikian sepertimana yang dididik keluarganya.

“Saya tak pernah mengeIak menjawab soalan sebegitu dan saya seorang individu yang tidak pernah lari walaupun orang nak kutuuk atau soalan itu seperti pissau menghiiris hati.

“Saya pasti akan jawab. Malah, itu didikan keluarga saya sejak daripada kecil lagi.

“Bagi saya Allah itu sebaik perancang, memang kita mahu tapi belum masanya lagi. Sama seperti lagu Meluruh, walau kita rasa sngsara dalam hidup tetapi Dia merasakan sngsara itu yang terbaik untuk kita maka kita perlu teruskan.

Enam tahun berkahwin saya sudah tak rasa apa-apa dengan soalan mengenai zuriat,” katanya kepada Gempak.

Mengambil iktibar daripada industri hiburan sendiri yang tak lepas daripada kontr0versi, kata pelantun lagu Kisah Hati itu, dia belajar daripada 20 tahun bergelar penyanyi.

“Industri muzik ini tak seburuk seperti yang orang fikir tetapi mengajar saya untuk menghadapi kenyataan.

“Kamu mahu atau tak mahu, kena juga laluinya.

“Sebab itulah kalau orang bertanya, saya takkan lari dan tak marah pun. Sebab saya banyak belajar daripada situasi itu sendiri,” jelasnya.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesian pada 18 Mac 2013.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Astrogempak via celotehsaje/kakicopy

Be the first to comment on "6 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat Ini Jawapan Alyah Saat Ditanya Soalan Cepuemas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*