Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Rangup dan Berjus. Confirm habis dimakan

Hari ini kami nak berikan resepi ayam goreng berempah berperisa best,rangup dan sangat sesuai nak dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak.Dengan ketulan ayam yang diperap dalam bahan perapan selama 1 -4 jam ,rasa ayam goreng berempah yang lembut dan berjus walau rangup di luar memang membuka selera.

Cara buat ayam goreng berempah ni senang dan mudah.Dihidangkan dengan kuah kari dan nasi kukus memang sangat sesuai.

Tips tambahan resepi ayam goreng berempah untuk anda :

1- Semasa proses perapan ayam goreng berempah,anda boleh masukkan dalam plastik atau beg ziplock dan disimpan dalam peti untuk menjimatkan ruang.

2- Pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng ayam.Cara nya dengan masukkan sedikit bahan perapan dan apabila minyak mendesir,itu tanda ayam boleh dimasukkan.Goreng dengan suhu sederhana untuk elakkan ayam hangit pada lapisan luar.

3- Cara untuk pastikan ayam goreng berempah telah masak adalah dengan kaedah tengok pada bahagian isi yang tebal. Anda ambil satu dan beIah dua atau cucuk dengan garpu.

Ayam goreng berempah kelantan biasanya tidak menggunakan daun kari dan rerambut datang daripada hirisan serai yang ditumbvk manakala resepi luar menambahkan daun kari untuk dapatkan aroma pada isi ayam.

Bahan-bahan resepi ayam goreng berempah:
Kuantiti untuk 1 ekor ayam

  • Seekor ayam dipotong ikut pilihan anda
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia muda atau tua *
  • 1 cm lengkuas *
  • 5 batang serai
  • 5 sudu makan ketumbar *
  • 2 sudu makan jintan manis *
  • 1 sudu makan jintan putih *
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makn serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • Garam,perasa secukupnya
  • 1 sudu makan cuka makan
  • 10 tangkai daun kari

Fungsi cuka makan pada ayam goreng adalah untuk dapatkan isi ayam yang berjus dan lembut walau ayam goreng telah sejuk.

Cara-cara penyediaan resepi ayam goreng berempah :

#1: Kisar bahan yang bertanda * di atas .Untuk serai pula,potong sekitar 1 cm panjanghya dan tumbvk .Ini akan jadikan serbuk goreng cantik dan menjadi seperti rerambut.

#2: Masukkan semua bahan lain ke dalam bekas tadi dan barulah dimasukkan pot0ngan ayam.

#3: Masukkan ayam ke dalam plastik dan perap dalam peti sekitar 30 minit atau sehingga semalaman untuk dapatkan rasa yang sedap.

#4: Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.Goreng hingga kekuningan dan tengok tips di atas untuk pastikan ayam masak ya.

Dengan cara dan resepi ini,ayam goreng berempah anda kekal lembut dan berjus walau telah sejuk.Boleh la dimakan dengan nasi lain ya. Sedapnya.

Selamat mencuba

Sumber: beritadinding

Be the first to comment on "Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Rangup dan Berjus. Confirm habis dimakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*