Ummi Nazeera Kongsi Pemakaian T0peng Muka Dengan Cara Yang Betul

Pelakon Ummi Nazeera telah berkongsi video seorang seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong cara yang betul untuk memakai ‘face mask’ ataupun topeng muka.

Perkongsian Ummi di laman sosial Instagram (IG)nya beberapa hari lalu menerusi IGTV mendapat perhatian ramai.

Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kepada Ummi kerana masih ramai lagi yang belum betul-betul tahu cara yang betul untuk mengenakan topeng muka.

Terdahulu video Wing Hong mendemonstrasikan cara pemakaian topeng muka telah dikongsikan oleh Bloomberg di laman Faceb0ok QuickTake by Bloomberg.

Ini langkah-langkah yang telah dikongsikan doktor tersebut;

1. Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul. (Sambil menunjukkan topeng yang ada di tangannya sebagai topeng yang betul)

“Ia berwarna biru di luar kerana ia kalis air. Dan ia mempunyai bahagian berwarna putih yang menyerap. Jadi jika saya batuk, ia akan menyerap,” katanya.

2. Kemudian, anda perlu memakainya begini. Dengan bahagian yang berwarna biru di hadapan dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).

3. Pastikan ‘strip’ di bahagian paling atas menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini katanya adalah bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Membuang face mask yang telah dipakai juga adalah sangat penting menurutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

“Bila anda memakai topeng, anda harus ingat ia adalah k0tor. Jadi bila anda ingin mengalihkan atau membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut,”

Beliau juga mengingatkan penonton agar membasuh tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

Bagi anda yang masih mengalami masalah untuk mengikuti cara pemakaian face mask yang betul, di bawah ini juga ada disediakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh laman Faceb0ok Public Health Malaysia.

Topeng muka yang berkesan untuk mencegah peny4kit bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply/ surgical mask.

Ia mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan, menapis kuman dan bahagian luar yang telap air.

Elakkan menggunakannya berulang kali, memakai terlalu lama dan menyentuh topeng dengan tangan yang k0tor.

Jika anda ke Jepun dan beberapa negara lain, adalah suatu yang normal untuk melihat orang awam memakai topeng muka (walaupun tiada w4bak)

Sumber: ig ummi nazeera, gempak

Be the first to comment on "Ummi Nazeera Kongsi Pemakaian T0peng Muka Dengan Cara Yang Betul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*