Jawab Soalan Wartawan, Pelumba Basikal ‘Tibang’ Cakak Omputeh Slang Tganu

Setiap negeri mempunyai dialek percakapan yang tersendiri, sehingga ia seolah menjadi identiti dan sebati dalam diri seseorang.

Dialek negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah antara dialek negeri yang mudah dikenalpasti apabila seseorang itu bercakap.

Tganu Kite!

Sejak semalam, vide0 temu bual pelumba basikal negeri Terengganu telah tuIar selepas dia menjawab soalan daripada pihak wartawan berkaitan perlumbaan tersebut dalam bahasa Inggeris walaupun menggunakan loghat pekat Terengganu.

Wakil Terengganu untuk LTdL

Muat naik vide0 ini telah mula tvlar di laman s0siaI dengan rata-rata mereka memuji keyakinan yang dimiliki pelumba basikal ini yang mewakili Malaysia dalam pelumbaan di Le’ Tour De’ Langkawi.

Pelumba basikal yang dikenali sebagai Mohd Hariff Salleh, merupakan pelumba kebangsaan yang mewakili pasukan Terengganu.

Kemah boh!

Walaupun menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut dengan dialek Terengganu-Inggeris, namun setiap jawapan yang diberikan oleh Hariff Salleh adalah tepat.

Keyakinan dan kebanggaan menuturkan bahasa Inggeris dalam bunyi dialek Terengganu telah dipuji ramai pengguna laman sosial.

Rata-rata berasa terhibur dengan telatah Hariff yang ‘main redah je’ walaupun apa yang dituturkan adalah tepat dan meyakinkan.

Suka dengar dia cakap

Slang dia je lari tp english dia power!

Semakin improve dari tahun lepas

Sebelum ini, Hariff Saleh pernah tuIar apabila bertutur dalam bahasa Inggeris-Terengganu juga pada tahun lepas semasa ditemu ramah oleh media luar. Bukan sahaja ramai yang terhibur, mereka turut memuji keyakinan Hariff yang boleh menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tepat.

Sumber : my_tehoais, omm

Be the first to comment on "Jawab Soalan Wartawan, Pelumba Basikal ‘Tibang’ Cakak Omputeh Slang Tganu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*