“Macamana Korang Boleh Hafal Lagu Nyamuk Ni”- Netizen

Pasti ramai yang masih ingat dengan penyanyi yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim ke 5 ini. Anak kelahiran Terengganu yang dahulu amat dikenali dengan matanya yang bulat dan wajah yang comel miliknya. Siapa lagi kalau bukan Nur Heliza binti Helmi yang sekarang sedang giat memperjuangkan rakyat PaIestin dan Syr1a bersama-sama adiknya sendiri iaitu Hazwani Helmi. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Hazwani juga merupakan seorang penyanyi yang telah memulakan kerjaya dengan menciptakan lagu pertama buat kakaknya.

Sifat berani dan semangat yang dimiliki oleh dua beradik ini amat wajar dicontohi oleh orang ramai lebih-lebih lagi anak muda yang harus lebih peka dengan keadaan sekeliling dengan menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerluk4n. Tak semua orang mempunyai semangat yang kental seperti dua beradik ini yang sanggup mengg4da1kan ny4wa mereka berdua bagi membantu saudara-saudara kita disana.

Selain vide0 Tikt0k dengan variasi challenge menari, baru-baru ini lagu Thailand yang bertajuk Ngeng ngong ini juga telah menjadi viraI kerana keunikan lirik itu sendiri. Kalau baru-baru dengar pasti terbelit lidah nak menyanyi lagu Thailand yang satu ini. Tak sangka, dua beradik Heliza dan Hazwani mampu menyanyikan lagu ini dengan sangat lancar dan baik sekali. Ditambah pula dengan kemerduaan suara mereka berdua ramai yang teruja dengan vide0 yang dimuatnaik Heliza tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Ngong ngeng ngong ngeng datang lagi ! 😁 @helizaguzelhive @thehelmiswarrior @hazwanihelmi #NgongNgengNgongNgeng #TheHelmis #HelizaHazwani #TheHelmisWarrior #thehelmisbefdaybash2020

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Heliza dan Hazwani telah menyanyikan lagu tersebut di acara menyambut ulang tahun kelahiran Heliza dan Hazwani yang disambut serentak di Bizmilla Wedding Hall Subang. Acara tersebut telah disambut bersama para peminat Heliza dan Hazwani yang dinamakan sebagai The Helmis Warrior. Dua beradik yang berpakaian serba putih di acara ini sambil menyanyikan lagu Thailand tersebut telah memeriahkan lagi dan dipuji comel oleh para peminat dan netizen. Tak lupa ramai juga yang terhibur mendengar mereka berdua boleh menyanyikan lagu ini dengan lancar.

Kalau boleh dengar full cover Ngeng Ngong dari Heliza dan Hazwani pasti best juga kan. Pasti ramai juga peminat yang menunggu mereka berdua untuk menyanyikan lagu ini dengan versi penuh. Apa pun diucapkan Selamat Hari Kelahiran buat Heliza dan Hazwani dan semoga terus maju jaya buat dua beradik comel ini.

Sumber: Instagram Heliza Helmi, informasi viral

Be the first to comment on "“Macamana Korang Boleh Hafal Lagu Nyamuk Ni”- Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*