Budak Tahfiz Malu-Malu Main Tik Tok, Netizen Komen “Macam Tulah Kalau Hati Masih Suci, Muka Berseri, Comelnya”

Gelagat beberapa orang budak tahfiz membuat cubaan untuk bermain aplikasi Tik Tok menjadi tular di media sosial.

Tidak sama seperti kebanyakan Tik Tok yang menunjukkan bakat tarian, video kali ini sangat ‘tenang’ dengan hanya merakamkan senyuman anak-anak Tahfiz.

Dengan berpakaian sopan dan berkopiah, video tersebut merakamkan gelagat anak-anak Tahfiz yang malu-malu untuk melakukan Tik Tok.

Berlatar belakangkan lagu Hari Raya, mereka mula menjengah-jengah dihadapan kamera seorang demi seorang sambil tersenyum dan tersipu-sipu malu.

Ternyata wajah yang berseri-seri dan senyuman manis anak-anak Tahfiz itu berjaya memikat hati warganet.

Tidak kurang juga ada yang menonton video berdurasi 31 saat itu berulangkali.

Rata-ratanya memberikan komen positif selain mengakui berasa tenang melihat wajah bersih anak-anak Tahfiz itu.

Video yang dikongsi oleh Facebook ERA Malaysia dan Instagram ERA.Jer itu telah menerima lebih 100,000 tontonan.

.
Kredit: tuk_faqirnoy2019

Be the first to comment on "Budak Tahfiz Malu-Malu Main Tik Tok, Netizen Komen “Macam Tulah Kalau Hati Masih Suci, Muka Berseri, Comelnya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*