Mana pengantin lelaki? Sebak kisah pengantin perempuan dah bersiap mekap, pakai baju nikah buat photoshoot

SETIAP pasangan pasti mahu hubungan cinta yang dibina berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Namun tidak semua apa yang kita impikan akan berlaku seperti dirancang.

Begitulah situasi yang menimpa seorang gadis yang akur dengan ketentuan Ilahi apabila hubungannya dengan seorang pemuda terputus di tengah jalan.

Lebih menyed1hkan gadis tersebut turut berkongsi gambar ‘photoshoot’ dia memakai baju pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 27 Mei lalu.

Kisah tersebut yang dikongsinya di Facebook menjadi tul4r dan mengundang simp4ti dalam kalangan netizen.

Malah ramai tertanya-tanya mengapa dia mengambil gambar photoshoot siap bersolek dan memakai baju nikah seorang diri.

Yana turut memakai inai dijari pada hari tersebut

Gadis tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Yana Mohamad akhirnya bersuara mengenai tindakannya itu.

Ketika dihubungi mStar, Yana berkata dia sebenarnya mahu mengabadikan gambar kenangan bersama baju pernikahannya itu.

“Sebenarnya saya nak abadikan kenangan dengan baju nikah tu sebelum saya let go kepada orang lain.

“Itu je reason saya ambil gambar photoshoot tu, tak sangka jadi vir4l. Tapi siapa kenal saya tahulah saya dah pun move on sebenarnya,” kata gadis berasal dari Dungun, Terengganu itu.

Sebaik saja kisahnya tul4r, Yana berkata baju nikahnya itu sudah ada pembeli.

“Alhamdulillah dah ada buyer. Saya beli RM200 lebih tapi saya jual harga RM80.

“Ikutkan baju sanding pun saya upah tailor untuk jahit tapi disebabkan putus tengah jalan dapatlah refund,” katanya.

Yana kelihatan anggun meskipun hari bahagianya kini hanya tinggal kenangan.

Ditanya mengenai reaksinya semasa sesi penggambaran yang dirakam di tempat kelahirannya itu, Yana mended4hkan perasaannya bercampur baur.

“Masa photoshoot tu OK je. Ada je saya gelak cuma part gambar saya tutup sebelah muka tu saya seb4k.

“Gambar tu sebenarnya diambil oleh salah seorang kawan saya guna handphone.

“Saya dah plan lama nak ambil gambar. Masa saya text kawan saya, dia pun ajak buat video sekali, ” katanya.

Tambah Yana lagi, walaupun masih ada perasaan sayang dia tekad memutuskan hubungan selepas menyedari tunangnya itu berlaku cur4ng.

“Saya putuskan hubungan kami pada awal tahun ini sebab dah tak tahan dengan perangai dia, lagi-lagi bila kant0i mesej perempuan lain.

“Tapi saya cari dia balik, merayu kat dia minta berubah sebab dah tak lama lagi nak nikah. Lagipun masa tu saya tak sanggup kehilangan dia.

Yana turut membuat video muzik sebagai kenangan pada hari bahagiannya itu.

“Tapi dia t0lak saya sebab dah ada orang baru. Last-last dia cakap dia sayang saya lagi tapi tak nak dah saya sebab saya terlalu baik untuk dia,” katanya.

Meskipun per1t, Yana berkata dia kini sudah move on daripada pengalaman pah1t itu.

“Saya dah move on cuma kadang kala masih teringat dia. Apa pun saya anggap tak ada jodoh antara kami.

“Ada je yang tanya saya kalau dia berubah, nak ke saya balik kat dia. Jawapan saya memang tak.

“Saya percaya ramai lagi lelaki jauh lebih baik dari dia kat luar sana,” katanya.

Sementara itu mengenai dakw4an segelintir netizen mengenai kisah tersebut hanya sebagai strategi pemasaran bisnesnya, Yana bagaimanapun men4fikan perkara itu.

Gambar dan kisah sedihnya itu bukan strategi pemasaran untuk bisnes, sebaliknya mahu dijadikan sebagai kenangan.

“Kalau marketing baik saya promote bisnes saya sendiri instead credit kan make up, henna, kasut dan veil orang.

“Saya dah bertahun bisnes. Saya pun tak terfikir nak buat marketing kisah-kisah macam ni.

“Lagipun bisnes saya sekarang fully stop sepanjang PKP. Saya tak berani ambil risik0 buka bisnes selagi Covid-19 ni masih ada,” katanya yang menjalankan perniagaan reka grafik dan party planner secara kecil-kecilan.

Nak macam-macam info? Join kami di FB.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Mana pengantin lelaki? Sebak kisah pengantin perempuan dah bersiap mekap, pakai baju nikah buat photoshoot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*