“Saya Bukan Nak Tegakkan Benang Yang Basah.” Nabila Razali ‘Ajar’ Warganet Selepas Dik3cam.

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan komen dan kritikan kasar yang dil3mparkan ekoran nyanyian terkucil menerusi lagu Peluang Kedua pada sebuah program siaran langsung baru-baru ini mencerminkan keperibadian mereka.

Nabila berkata, dia membaca semua komen yang ditujukan kepada dirinya.

“Kebanyakan komen boleh dikatakan kej4m dan keras. Saya baca semuanya.”

“Bagaimana keluarga mereka besarkan mereka sehingga mereka sanggup menggunakan kata-kata yang kej4m kepada orang yang mereka tak kenal.”

“Tulis komen berhemah kerana ia mencerminkan keperibadian sendiri,” katanya.

Nabila menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepadanya.

“Saya bersyukur kerana ramai juga yang mengirimkan mesej peribadi di Instagram dan WhatsApp. Malah ada yang menghubungi dan datang ke rumah kerana mereka ambil berat mengenai saya. Saya hargai semua itu.”

“Apabila perkara ini (dik3cam) berlaku, saya sedar siapa sebenarnya kawan. Ini adalah realiti kehidupan. Waktu kita di atas, kita dipuji dan bila di bawah, dikeji,” katanya.

Penyanyi itu juga tidak men0lak insiden yang berlaku disebabkan kurang persediaan sebelum membuat persembahan.

“Saya bukan nak tegakkan benang yang basah. Ia mem4lukan dan saya kesal dengan apa yang berlaku. Saya kurang memanaskan suara, pemakanan dan sebab lama tak buat persembahan.”

“Pada malam itu, saya memang sangat gementar kerana ramai yang meletakkan harapan untuk saya buat persembahan terbaik. Saya sedar akan kesilapan saya dan saya terima komen-komen dengan hati terbuka.”

“Saya tak sal4hkan mana-mana pihak dan saya jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. Ada ruang untuk saya perbaiki diri,” katanya.

Menurut Nabila, anak seni juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Kami golongan anak seni sama seperti orang lain yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bezanya, kesilapan kami ditonton dan dinilai jutaan orang.”

“Sejak hari pertama masuk industri lagi saya sudah bersiap sedia, namun janganlah menj4tuhkan hukum kepada seseorang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Create, don’t hate. ♥️ Link at bio.

A post shared by Second Chance 💔 (@nabila.razali) on


Nabila juga turut berkongsi nasihat dengan rakan artis supaya tidak mudah tertekan apabila berdepan situasi sama seperti yang dihadapinya.

“Kepada rakan artis, yang kutvk-kvtuk itu, mereka tak beli muzik kalian, tak beli tiket untuk menonton filem kalian, tak sokong drama lakonan kalian, tak beli tiket untuk tonton teater kalian.”

“Kenapa perlu untuk kita terlalu fikirkan mengenai mereka ini. Teruskan untuk buat apa yang kita boleh buat, tetapkan matlamat dan capai impian kita kerana di penghujung hari, ada peminat, keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa sokong dan percaya dengan diri kita,” katanya.

Video nyanyian Nabila tular di media sosial dan menerima kec4man hebat apabila dia ‘terkucil’ saat menyampaikan lagu barunya, Peluang Kedua di satu acara.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: hmetro

Be the first to comment on "“Saya Bukan Nak Tegakkan Benang Yang Basah.” Nabila Razali ‘Ajar’ Warganet Selepas Dik3cam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*