Tips SELAMAT mengendalikan telor yang PERLU kita tahu..

Tidak dinafikan, kita yang mementingkan kebersihan makanan menganggap telor perlu dibasuh sebelum disimpan di dalam peti ais dan ia adalah baik untuk kesihatan. Tetapi rupanya kita silap dalam membuat andaian…

Terdapat di mana kes kontaminasi salmonella dalam telor selalu berlaku pada ayam yang dijangkiti oleh kuman tersebut dan cara lain adalah jangkitan dari luar apabila dan semasa kita membasuh telor dengan sabun dengan air sejuk. Kontaminasi ini boleh menyebabkan keracunan dan juga kemat1an.

Kalau kita kaki membasuh telor yang dibeli (Kebiasaan yang kita lakukan) :

  • Selepas dibasuh telor disimpan didalam peti ais.
  • Membasuh telur dengan air yang suhunya lebih sejuk dari suhu permukaan cengkerang telur akan menyebabkan terbuka rongga pada cengkerang tersebut dan membuka ruang untuk kontaminasi bacteria dari luar.
  • Kalau nak basuh juga untuk disimpan didalam peti ais gunalah air suam . Kalau ada kotoran degil boleh guna cuka yang sudah disuamkan.
  • Cengkerang telor itu sangat baik sebenarnya, apabila dibasuh mengikut langkah di atas seolah-olah macam kita buang perlindungan isi telor tersebut. Disebabkan itu kebanyakkan kita tengok penternak tidak basuh telornya. Mereka hanya bersihkan guna kaedah dry method sahaja.

Cara yang lebih mudah dan lebih selamat.

  • guna dry method menggunakan kain yang kasar atau sponge kasar. Cara ini tidak akan menghilangkan protective layer pada cengkerang telor yang dipanggil ” bloom ” yang menghalang kemasukan bacteria dari luar. Lapisan ini akan hilang seiring dengan basuhan air dan juga masa.
  • dan untuk lebih selamat telor itu tiak dibasuh dan letak di luar serta tahan lebih lama.
  • Bila ingin menggunakan telor tersebut barulah ia dibasuh dengan cara begini ia lebih selamat.

Tips kepada yang suka makan telor mentah :
Pastikan cari telor yang baru. Cuma tidak digalakkan bagi orang-orang yang tinggal di bandar ni kecuali orang kampung yang lasak. Cadangan kepada orang bandar yang suka sangat makan telor, pastikan dimasak terlebih dahulu secara separuh masak.

Ada sesetngah pendapat mengakui cecair pelincir yang mengiringi pemergian telor tu dari tubuh ayam itu tidak jatuh najis hukumnya. Dan yang pasti telor ni ada jangka hayatnya. Basuhlah guna air suam. Yang penting jangan guna air yang lebih sejuk dari suhu permukaan telur tu. Kalau ikut food safety people it will create vakum dan sedut aje benda kat luar ternasuk bacteria.

SAYA? … nak guna baru basuh.
Buanglah telor yang sudah rekah kulitnya.

Sumber : #sembangkari

 

Be the first to comment on "Tips SELAMAT mengendalikan telor yang PERLU kita tahu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*