Peringatan penting bagi mereka yg bakal buat perjalanan jauh bermula 10 jun 2020 nanti

Keterujaan ingin membuat perjalanan jauh setelah tamatnya PKPB dan bermulanya PKPP pada 10 Jun 2020 nanti ternyata tidak dapat dinafikan lagi. Semalam viral di media sosial di mana hotel2 di Langkawi Kedah ‘fully booked’ hanya di dalam masa 1 jam manakala tular juga di kalangan netizen yang bercadang untuk balik ke kampung pada tarikh yang sama.

Oleh itu admin ingin berkongsi pesanan yang telah dimuat naik oleh seorang netizen untuk memudahkan urusan kita dengan Tuhan memandangkan surau di R&R masih tidak dapat beroperasi dan ini bakal menimbulkan masalah kepada umat Islam.

Rozmal Malakan wrote…

Mereka yang membuat perjalanan jauh terutamanya yang merentas negeri serta balik kampung bermula 10 Jun 2020 diharap dapat rancang dengan teliti dan buat persiapan daripada rumah kerana surau di stesen minyak dan R&R masih ditutup. Masjid hanya dibuka waktu solat 5 waktu untuk jemaah tempatan sahaja. Siap bawa dalam kenderaan barang berikut :

1. Sejadah
2. Tikar lapik sejadah
3. Botol air wuduk
4. Kompas

Untuk muslimat disarankan memakai pakaian yang boleh digunakan terus untuk solat, tak perlu tukar pakai telekung.

Admin juga berharap di dalam keterujaan tersebut, sila pastikan segala S.O.P yang dibuat oleh pihak kerajaan sentiasa dipatuhi untuk memastikan rantaian pendemik ini benar-benar dapat diputuskan dan kita tidak membawa balik C0VID-19 kepada keluarga tersayang di kampung.

Bahkan ada satu cadangan yang sangat menarik daripada blogger tersohor negara mengenai persiapan balik kampung yang kadang kala tidak begitu diambil berat oleh orang ramai dan sering terlepas pandang. Bacalah…

KALAU betul-betul kita sayangkan ibu dan bapa kita di kampung…

Kalau betul-betul kita sayangkan ibu dan bapa kita di kampung, apakata kita k0rbankan sedikit wang lebih kurang RM350-RM400 seorang untuk pergi ambil test Cov1d-19 sebelum pulang ke desa masing-masing. Prosesnya tak sampai dua minit pun. At least untuk diri sendiri, untuk mereka yang tersayang dan untuk masyarakat di kampung atau taman perumahan itu juga.

Kena ingat, majoriti yang bawa v1rus ini tidak sedar ia berada di dalam tubuh kerana ramai yang tidak mempunyai gejal4 atau s1mptom penyak1t tersebut sehinggalah mereka tahu melalui ujian atau saringan yang dibuat.

Ya, ia agak mahal tetapi kalau ‘terkena’, duit yang banyak pun tidak berguna lagi.

Kalau kita sanggup berhabisan untuk beli tiket flight, untuk pergi servis kereta di bengkel, berbelanja sakan di Shoppe, Lazada dan Go Shop, apalah kiranya kita ‘berk0rban’ sedikit lebihan wang yang untuk benda yang sangat bermanfaat ini.

Percayalah, semua pesak1t Cov1d-19 tak pernah menyangka mereka boleh dijangk1ti v1rus itu sehinggalah mereka sendiri melaluinya. Tetapi kalau tidak mampu, at least sentiasalah berwaspada…mask dan hand sanitizer janganlah dilupa. Bukankah kita juga yang kata mencegah lagi baik dari mengubati?

Kredit;  Rozmal Malakan & Syahril A. Kadir

Be the first to comment on "Peringatan penting bagi mereka yg bakal buat perjalanan jauh bermula 10 jun 2020 nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*