Dr Zubaidi – Air Kelapa Muda BAGUS untuk wanita hamil..

Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.

Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk. Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudar4tkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.

Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak. Air kelapa muda mengandungi sejumlah kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.

Selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil.

1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah pen4t yang sering dialami oleh wanita yang hamil. Ini kerana air kelapa muda membekalkan banyak mineral yang diperlukan bagi menggantikan mineral yang mungkin hilang semasa membuang air kecil dan ketika berpeluh.

2. Mengurangkan masalah sembel1t

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah sembel1t. Air kelapa muda mengandung serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembel1t. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

3. Membantu merawat jangk1tan kum4n pada saluran kencing

Air kelapa muda dapat membantu merawat jangk1tan kum4n pada saluran kencing. Jangk1tan kum4n pada saluran kencing ini juga dikenali sebagai ‘kencing kotor’ dan ia dialami oleh kebanyakan wanita yang hamil. Air kelapa muda yang mempunyai kandungan air yang banyak, dan tahap mineral yang mencukupi bagi membantu membun0h kum4n di saluran air kencing. Ia juga dipercayai membantu fungsi ginjal dan menurunkan tekanan dar4h (kerana mengandungi mineral magnesium).

4. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh

Air kepala muda juga mempunyai sebatian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahan tubuh.

a) Jangan minum secara berlebihan sehingga menggantikan pengambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

b) Pastikan mengambil air kelapa muda yang segar dan bersih.

c) Jika rasa tidak selesa dengan pengambilan air kelapa muda, cuba elakkan. Rasa mual, pening dan cir1t-bir1t jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi pada sesiapa saja.

Jadi kesimpulannya minum air kelapa muda memberikan banyak manfaat kepada yang meminumnya sama ada lelaki atau wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Ia minuman terbaik bagi menggantikan minuman yang manis, bergas, atau menggantikan minuman berkafein, seperti teh, dan kopi. Ia harus diambil dengan pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang sederhana.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Dr Zubaidi

Be the first to comment on "Dr Zubaidi – Air Kelapa Muda BAGUS untuk wanita hamil.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*