Mengapa perlu beli kipas baru padahal kita boleh membaikinya dengan kos RM5 sahaja

Sudah tentu kebanyakan orang mempunyai kipas siling di rumah dan bermakna masalah ini sudah jadi kebiasaan yang dihadapi oleh semua orang. Pusing no 5 pun speed dia macam no 1 je. Bila siang hari panas terik dan kipas macam segan-segan je nak pusing, boleh jadi stres juga kan?

Jika anda menghadapi masalah ini, jangan cepat buat keputusan beli kipas baru. Kipas anda mungkin masih boleh diselamatkan dan poket anda juga masih boleh diselamatkan juga. Menurut netizen ni kebanyakan kipas yg pusing perlahan ni adalah disebabkan oleh kapasitor.

Ada juga kipas siling yang baru pasang tak sampai setahun dua, dah kena masal4h ni. Jasdi, jika berlaku demikian, anda hanya perlu menukar kapasitor yang berharga RM 5.00 sahaja berbanding dengan kos beli kipas baru yang mencecah ratusan RM’

Mari kita belajar daripada Azfar Ahmad yang telah memuat naik tips membaiki kipas siling bermasalah di media sosial…

Kipas ni kalau slow kebiasaanya disebabkan capacitor. Ni antara capacitor yang selalu digunakan. Apa beza dua ni ? Biasanya capacitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yang suis speed control melekat kat dinding. Harga sebijik biasanya tak lebih RM 5.00

Capacitor ni senang je korang nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih RM 5. Capacitor ni banyak jenis, korang nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah korang ambk gambr kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari kat shoppe pon ada, tapi kena pandai cari.

Kenapa kena pandai cari ?

Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi korang kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipas korang, dan cari value yang sama.

Dah beli capacitor, macam mana pulak nak tukar ? Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So korang kena solder je part mana yang nak tukar?

Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. So, kalau jenis ni nak mudah korang beli siap connector wire mcm gambar kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.

Aku terangkan sikit macam mana nak buka kipas jenis ni. Korang pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru, dan buka.

Bila dah buka skru tu, baru korang jumpa board. Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar capacitor baru macam aku bgtau tadi. Mudah kan ?

Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dulu. Harap korang faham la ya.

Sumber: Azfar Ahmad

Be the first to comment on "Mengapa perlu beli kipas baru padahal kita boleh membaikinya dengan kos RM5 sahaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*