Amik upan cuci rumah cuma RM20, pakcik tua motor rosak ditiipu pomen

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Perumpamaan tersebut sering kita dengar apabila melihat orang lain yang ditimpa lebih besar kesusahan berbanding kita.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Jade dan Farah Laily, mereka telah menceritakan kisah pasangan suami isteri yang dalam keadaan susah apabila motosikal yang ditunggang mereka mengalami kerosakkan.

Tangan patah tolak motor

Lebih menyedihkan apabila tangan lelaki warga emas itu patah dan sukar mengendali motosikalnya. Farah telah menghubungi mekanik bagi membantu membetulkan motosikal lelaki itu.

Apa yang mengejutkan, menurut mekanik tersebut, warga emas itu berkemungkinan telah dianiya oleh pomen motosikal sebelum ini kerana kerosakkan yang menyebabkan motosikalnya mengalami masalah masih berulang.

Mekanik bantu pun ikhlas tak minta bayaran

Mekanik yang membantu motosikal warga emas itu juga tidak mahu mengambil bayaran dan menolong dengan ikhlas.

Ambil upah cuci rumah

Menurut mereka, pakcik tersebut hidup berdua dengan isterinya dan mengambil upah mencuci rumah orang dengan bayaran sekitar RM10 hingga RM20 sehari.

Lakukan derma buat pakcik

Pakcik yang sudah berusia 70 tahun ini dikenali sebagai Abdullah Tharma dan turut menghidapi penyakit jantung. Oleh sebab itu, dua orang sahabat ini mengambil inisiatif dengan mengajak orang ramai agar memberikan sedikit sumbangan buat mereka.

Ada anak tapi lama tak jenguk

Dalam pada itu juga, Farah turut memaklumkan bahawa pasangan warga emas itu masih mempunyai seorang anak, namun sudah lama tidak pulang menjenguk mereka.

Sekali buat baik 10 kali orang buat baik pada kita

Menurut Farah lagi, dia langsung tidak berniat untuk mengambil kesempatan diatas perkara tersebut dan berusaha untuk membantu orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan buat warga emas ini.

Tindakan dua sahabat tersebut mendapat maklum balas positif daripada warganet dan rata-rata mereka mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang berniat mahu menghulurkan sumbangan bagi sama-sama meringankan beban warga emas tersebut.

Semoga semua dimurahkan rezeki

Ramai nak hulur bantuan

Sumber:Β Farah Laily, JadeΒ Via omm

Be the first to comment on "Amik upan cuci rumah cuma RM20, pakcik tua motor rosak ditiipu pomen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*