“Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga C0VlD-19”- KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga C0VlD-19 selari dengan trend peningkatan jumlah k3s di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi k3s-k3s telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan ke$,” katanya pada sidang media perkembangan C0VlD-19 di sini hari ini.

Ditanya mengenai unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes C0VID-19, Dr Noor Hisham berkata ia bergantung kepada tindakan KKM, pelbagai agensi kerajaan seperti PoIis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia.

“Kalau kita bersama dapat mengamalkan tindakan masing-masing iaitu patuhi SOP manakala KKM akan melaksanakan tindakan kesihatan awam, (sebagai contoh) PDRM akan melaksanakan sekatan jalan raya serta ATM mempertingkat kawalan sempadan, jalan-jalan tikus dan sebagainya.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan untuk melindungi tempat-tempat seperti pusat jagaan warga emas dan depoh tahanan Imigresen, pnjara dan tempat tah4nan yang lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata persiapan dan kesiapsiagaan KKM kali ini adalah lebih tinggi berbanding pada peringkat permulaan wab@k iaitu dari segi persediaan mobilisasi petugas, jumlah Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan mesin ventilator.

“KKM telah menjalankan tindakan mobilisasi pasukan bantuan kesihatan, sebelum 27 Sept kami telah menghantar petugas-petugas kesihatan KKM ke Sabah di daerah tertentu (Tawau, Lahad Datu dan Semporna).

“Kita akan melihat keperluan, kalau ada kita akan hantar lebih ramai lagi pakar-pakar (pakar pediatrik, pakar bius, pegawai perubatan dan jururawat) kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kIuster Tembok di Kedah, beliau berkata jngkitan C0VID-19 bagi kluster ini masih terkawal kerana ia adalah dalam kawasan tertutup iaitu di pnjara.

“Ia tidak berada dalam komuniti dan Kluster Tembok ini sama seperti kluster di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil,” katanya.

Kluster Tembok hari ini mencatatkan 128 ke$ baharu menjadikan jumlah kumulatif k3s sebanyak 220.

— BERNAMA

Be the first to comment on "“Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga C0VlD-19”- KP Kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*