setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300

SHAH ALAM- Pembayaran Bntuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa Tiga dan rayvan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September secara berperingkat melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

Perdna Mnteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayvan BPR yang telah diluluskan.

Menurutnya, bagi fasa tiga, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayvan BPR akan menerima sehingga RM2,300.

“Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rkyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/163551/BERITA/Nasional/36-juta-penerima-BPR-terima-bayaran-mulai-Selasa?fbclid=IwAR0KhGxMxQepVKfzqLINJuu43iMAlPnKw_46FCdKSW27FVLDCWRSRh2q0Z4
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sumber:f-uh.com

Be the first to comment on "setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*